Objektif
1. Memberi perlindungan & mengekalkan taraf kesihatan yang optimum bagi mencapai kehidupan yang berkualiti di kalangan mereka yang tidak berkeluarga.
2. Menyediakan perkhidmatan sepenuh masa atau separuh masa yang komprehensif merangkumi pemulihan cara kerja bagi mereka yang berkeluarga.
3. Meningkatkan kesedaran masyarakat & mengurangkan stigma negatif berkaitan dengan insan yang melarat & terbiar.
4. Menggalakkan keprihatinan, kerjasama, pergaulan & perhubungan yang mesra serta keluarga penyayang di antara mereka dalam menjalani kehidupan seharian.
5. Membantu penghuni-penghuni menumpukan perhaitan ke tahap optimum, mampu berdikari dalam menjalani kehidupan seharian.
6. Melibatkan ahli keluarga & masyarakat dalam penjagaan ahli keluarga yang mengalami tekanan perasaan & bertukar buah fikiran serta pengalaman.
7. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi bukan kerajaan & komuniti dalam pelaksanaan program & aktiviti mereka yang memerlukan sokongan berterusan.
8. Membantu mana-mana hospital untuk mengurangkan kemasukan berulang dengan mereka yang melarat yang sama dengan seterusnya membantu mengurangkan penghuni yang menumpang di hospital.
Visi
Menjadikan warga emas yang produktif
Misi
Membangunkan kehidupan berdikari & berjaya bersama masyarakat dalam arus pembangunan negara