Pengenalan

Pengalaman membuat lawatan dengan memberi rawatan kepada masyarakat yang bermasalah di rumah, amat mencabar kewibawaan dan kesabaran mereka yang melihatnya. Mereka ini bukannya anak-anak kecil yang perlu di asuh & di bimbing tetapi orang-orang tua yang mempunyai masalah penyakit seperti kencing manis, darah tinggi atau penyakit jantung yang hayatnya masih kental dalam mengharungi sisa-sisa hidup ini. Ada di antara insan ini hidup melarat sebatang kara tiada keluarga dang hanya mengharapkan belas ihsan jiran tetangga.

Timbul naluri untuk membantu mereka dengan memberi perlindungan melalui satu pusat jagaan dan tempat untuk mewujudkan masyarakat penyayang & prihatin terhadap insan yang terbiar. ada ahli keluarga yang mempunyai anak-anak yang cacat akal & cacat anggota tetapi mereka tidak disekolahkan sehingga tidak boleh berdikari untuk melakukan fungsi harian seperti orang lain. Mereka ini memerlukan pembelaan & sokongan masyarakat.

Konsep pemuliharaan bertujuan mengurangkan tekanan kepada mereka yang miskin & tiada ahli keluarga sehingga penderitaan mereka berpanjangan. Mereka akan tinggal di pusat penjagaan dalam tempoh terhad & apabila mereka stabil & boleh berdikari mereka digalakkan kembali ke pangkuan keluarga mereka. Konsep pusat jagaan ini memerlukan keluarga mereka untuk melibatkan diri bersama-sama dalam memberi sokongan & rawatan yang secukupnya untuk meningkatkan pemulihan ke tahap yang optimum.

Di samping itu, ia akan menjadi wasilah bagi generasi muda & masyarakat untuk mereka difikirkan bersama  bahawa perlindungan & penjagaan adalah penting bagi kesejahteraan hidup. Pada mereka yang prihatin khasnya ahli keluarga yang melarat tidak kira bangsa, agama, keturunan, darjat & umur agar mereka bersama-sama memberi sumbangan untuk kesejahteraan keluarga & masyarakat.